Wednesday, March 3, 2010

IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka telah menghantar 2 pasukan Boling yang diketuai oleh Pengarah IPG KPM iaitu Pn. Noor Hayatee bin Mohd Noor untuk menyertai Liga Ten Pin Bowling Piala YB Datuk Hj Yaakub bin Md Amin (Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka) baru-baru ini. Pertandingan diadakan secara liga sebanyak 7 kali. Perlawanan pertama telah diadakan pada 23 Januari 2010 dan Grand Final akan diadakan pada 4 Disember 2010. Pasukan IPG KPM telah menunjukkan permainan yang memberangsangkan pada pusingan pertama dan diharapkan akan terus mengukuhkan prestasi agar mendapat tempat 3 teratas dalam pusingan akhir nanti. Diucapkan selamat bertanding dan semoga mencapai kejayaan.

0 Comments:

 

blogger templates | Make Money Online